Penentuan kepekatan radionuklid tabii dan logam berat dalam sampel kekacang yang terdapat di Malaysia serta kesan radiologi terhadap manusia

  • Nur Lidiya Abdul Aziz
  • Norsyahidah Mohd Hidzir
  • Nur Ain Mohd Radzali
  • Syazwani Mohd Fadzil
Keywords: 232Th, 40K, 238U and 226Ra, plasma mass spectrometer

Abstract

ABSTRAK

Radionuklid tabii dan logam berat hadir secara semulajadi dalam tanaman-tanaman dan seterusnya boleh memasuki badan manusia melalui pemakanan atau pernafasan. Namun, kepekatan yang tinggi boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan manusia. Kekacang adalah satu jenis kudapan makanan yang seringkali diambil oleh masyarakat. Kekacang mengandungi nutrien-nutrien yang baik untuk badan. Secara umumnya, kapasiti pengambilan radinuklid adalah berbeza bagi kekacang yang berlainan. Justeru, kajian ini dilakukan bagi mengetahui kandungan radionuklid tabii dan logam berat dalam sampel kekacang yang berlainan jenis, serta menentukan kesan radiologi terhadapa kesihatan manusia. Penentuan kepekatan radionuklid tabii di dalam sampel kekacang dilakukan menggunakan spektrometri sinar gama berketulenan tinggi (HPGe) manakala spektrometer jisim gandingan plasma teraruh (ICP-MS) digunakan bagi penentuan kandungan logam berat. Hasil kajian menunjukkan bahawa kepekatan aktiviti 232Th, 40K, 238U dan 226Ra adalah rendah berbanding had yang disyorkan, iaitu masing-masing berjulat antara 0.83 ± 0.05 – 1.30 ± 0.05 Bq/kg bagi 232Th, 210.03 ± 4.09 – 323.14 ± 7.64 Bq/kg bagi 40K, 9.16 ± 1.32 – 13.39 ± 1.25 Bq/kg bagi 238U dan 2.02 ± 0.41 – 3.68 ± 0.18 Bq/kg bagi 226Ra. Anggaran dos dedahan tahunan adalah berjulat antara 0.35-3.67 μSv/tahun, lebih rendah berbanding had dos dedahan untuk orang awam iaitu 1 mSv/tahun. Indeks hazard dalaman adalah berjulat antara 0.06-0.08, indeks hazard luaran berjulat antara 0.06 – 0.08 dan indeks gamma adalah berjulat antara 0.17 – 0.24; dimana kesemua nilai indeks ini adalah dibawah nilai selamat iaitu tidak melebihi 1. Indeks setara radium bagi kesemua sampel adalah berjulat antara 20.99 – 28.51 Bq/kg, lebih rendah berbanding had yang dicadangkan oleh UNSCEAR iaitu 370 Bq/kg. Nilai risiko kanser yang diperoleh adalah lebih rendah daripada nilai risiko kanser yang ditetapkan oleh ICRP (2007). Sementara, logam berat hadir di dalam sampel kekacang dengan kepekatan yang rendah.

 

ABSTRACT

Naturally occuring radioactive material (NORM) and heavy metals are present naturally in plants and can enter the human body through ingestion or inhalation. However, high concentrations of them can negatively affect human health. Nuts are a type of snack that is often consumed by society. Nuts contain good nutrients for the body. Generally, radinuclide intake capacity is different for different types of nuts. Therefore, this study was conducted to determine the concentration of NORM (232Th, 40K, 238U dan 226Ra) and heavy metals in different types of nuts, as well as to determine the radiological effects for consuming these nuts to human health. Determination of the concentration of NORM in the nuts samples was performed using high purity gamma ray (HPGe) spectrometry while the inductively coupled plasma mass spectrometer (ICP-MS) was used for the determination of heavy metal contents. The results showed that the concentration of 232Th, 40K, 238U and 226Ra was lower than the recommended limit, which ranged from 0.83 ± 0.05 - 1.30 ± 0.05 Bq/kg for 232Th, 210.03 ± 4.09 - 323.14 ± 7.64 Bq/kg for 40K , 9.16 ± 1.32 - 13.39 ± 1.25 Bq/kg for 238U and 2.02 ± 0.41 - 3.68 ± 0.18 Bq/kg for 226R. The estimated annual exposure dose ranges from 0.35-3.67 μSv/year, lower than the general exposure dose limit of 1 mSv/year. The internal hazard index ranges from 0.06-0.08, the external hazard index ranges from 0.06 - 0.08 and the gamma index ranges from 0.17 - 0.24; where all of these index values are below the safe value (< 1). The radium equivalent index for all samples ranges between 20.99 - 28.51 Bq/kg, lower than the UNSCEAR's recommended limit of 370 Bq/kg. The derived cancer risk value is lower than the cancer risk value set by the ICRP (2007). Meanwhile, heavy metals are present in nuts samples with low concentrations.

Published
2019-12-31
How to Cite
Abdul Aziz, N. L., Mohd Hidzir, N., Mohd Radzali, N. A., & Mohd Fadzil, S. (2019). Penentuan kepekatan radionuklid tabii dan logam berat dalam sampel kekacang yang terdapat di Malaysia serta kesan radiologi terhadap manusia. JOURNAL of NUCLEAR and Related TECHNOLOGIES, 16(02), 1-10. Retrieved from http://jnrtmns.net/index.php/jnrt/article/view/30
Section
Articles