Study of selective metals accumulation in green mustard (brasissca rapa var. Parachinesis l.) from Cameron Highlands farmlands, Pahang
Abstract
Abstract
There are many essential and non-essential elements including metals and radionuclides present in vegetables. However, the accumulation of the several metals and radionuclides might cause the contamination to vegetables itself. Green mustard (Brasissca rapa var. Parachinesis L.) was selected to represent the vegetable in this study. Objectives of this study are to determine the concentration of metals and radionuclides in the samples and to calculate the enrichment factor (EF) and also to estimate the uptake, base on biological accumulation coefficient (BAC), for the various parts of selected vegetables. Three farmlands in the Cameron Highlands were studied namely Bharat, Kg Raja and Bertam area. The green mustard and soil samples were collected during the harvest season. Samples were dried, ground and sieved prior to analysis. Analyses for both samples were done by using X-rays Fluorescence Spectroscopy (XRF) to measure the concentration of Fe, Zn, Hg, U and Th. The concentration of all elements in the soils is lower than their concentration in the control soil, except for Zn, U and Th. The concentration of all elements in Green Mustard is lower than their concentration in the soil where it was grown. The EF values in the Brasissca rapa var. Parachinesis L are lower than 2 except for U and Th, indicating some degree of contamination due to anthropogenic activities or naturally origin. The BAC values show that Zn and Hg were accumulated in the green mustard, depending on where the plant grows.
Keywords: Enrichment Factor; X-Ray Fluorescent (XRF); metals contamination; Cameron Highlands
Abstrak
Terdapat banyak unsur yang berfaedah dan tidak berfaedah termasuk logam dan radionuklida hadir di dalam sayur-sayuran. Namun pengumpulan beberapa logam dan radionuklida boleh menyebabkan pencemaran kepada sayur-sayuran tersebut. Sawi hijau (Brasissca rapa L. var Parachinesis.) telah dipilih untuk mewakili sayuran didalam kajian ini. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan kepekatan logam dan radionuklida dalam sampel dan untuk mengira faktor pengkayaan (EF) dan menentukan tahap pengambilan logam dan radionuklida ini oleh setiap bahagian sawi hijau yang dipilih dengan mengira koefisien pengumpulan biologi (BAC). Tiga ladang pertanian telah dipilih di sekitar Cameron Highlands untuk dikaji, iaitu Bharat, Kg. Raja dan Bertam. Sampel sawi hijau dan tanah dipungut pada musim menuai. Sampel perlu dikeringkan, dikisar dan diayak sebelum analisis dijalankan. Analisis untuk kedua-dua jenis sampel dilakukan dengan menggunakan Spektroskopi Pendarflour Sinar-X (XRF) bagi mengukur kepekatan Fe, Zn, Hg, U dan Th. Kepekatan semua unsur di dalam tanah adalah lebih rendah berbanding dengan tanah kawalan, kecuali bagi tiga unsur iaitu Zn, U dan Th. Kepekatan semua unsur dalam sawi hijau pula adalah lebih rendah dari kepekatan unsur tersebut didalam tanah dimana ia ditanam. Nilai EF didalam Brasissca rapa var. Parachinesis L adalah lebih rendah dari 2 kecuali bagi U dan Th yang menunjukkan adanya pencemaran akibat dari aktiviti antrapogenik atau dari tabii. Nilai BAC pula menunjukkan bahawa Zn dan Hg berkumpul didalam sawi hijau bergantung kepada dimana ianya ditanam