Determination of surface radiation dose and concentrations of uranium and thorium in soil at UiTM perhilitan research station Kuala Keniam, Taman Negara, Pahang
Abstract
ABSTRACT
Taman Negara is a famous tourism destination for nature lover in Malaysia. The area is well kept from human activities and disturbances. Since there is no data for human exposure to natural radiation, there is a need to do this study. It will give a baseline data for surface dose and radionuclide concentrations and one can estimate the external hazards index for the visitor to this unexplored area, i.e. UiTM-Perhilitan research station, Kuala Keniam, Taman Negara, Malaysia. The surface dose rate measurements were done in-situ using portable radiation survey meter at the surface and 1 m above the surface. The top soil samples were taken using hand auger up to 15 cm depth at nine locations around research station. Samples were brought back to the UiTM laboratory in Shah Alam, dried, ground to powder form, and sieved using 250 µm sieve. Then the uranium and thorium concentrations were analyzed using Energy Dispersive X-Ray Fluorescence (EDXRF).The mean value for surface dose rates on surface were 0.164 µSv/hr while the mean value for surface dose rates on 1m above the surface were 0.161 µSv/hr. The mean concentration of thorium was 2.62µg/g while the mean concentration of uranium was 0.61µg/g.
ABSTRAK
Taman Negara adalah destinasi percutian yang sangat popular bagi pencinta alam di Malaysia. Kawasannya adalah terpelihara daripada aktiviti dan gangguan manusia. Disebabkan ketiadaan data mengenai kadar pendedahan sinaran tabii kepada manusia, kajian ini sangat diperlukan. Kajian ini akan memberikan data asas untuk dos permukaan dan kepekatan radionuklid, dan indeks ‘hazard’ luaran untuk pelancong yang datang ke tempat yang belum diterokai ini iaitu Stesen Penyelidikan UiTM- Perhilitan,Kuala Keniam,Taman Negara,Malaysia. Pengukuran dos permukaan dijalankan di tempat kajian menggunakan pengukur radiasi mudah alih di permukaan tanah dan 1 meter di atas permukaan tanah. Lapisan atas tanah diambil menggunakan ‘auger’ sedalam 15 sm di sembilan lokasi dalam kawasan kajian. Sampel dibawa pulang ke makmal di UiTM Shah Alam, dikeringkan, ditumbuk sehingga dalam bentuk serbuk, dan diayak menggunakan pengayak bersaiz 250 µm. Selepas itu kepekatan uranium dan torium dianalisis menggunakan Pendaflur Sinar X Serakan Tenaga. Nilai purata untuk dos permukaan ialah 0.164 µSv/j manakala nilai purata untuk dos permukaan pada 1 meter di atas permukaan ialah 0.161 µSv/j. Nilai purata untuk kepekatan torium ialah 2.62µg/g manakala nilai purata untuk kepekatan uranium ialah 0.61µg/g.