PENENTUAN KEPEKATAN AKTIVITI RADIONUKLID TABII DALAM KOLAM AIR PANAS
Abstract
Abstrak
Kajian mengenai kandungan kepekatan aktiviti radionuklid tabii dan impak radiologi di kawasan kolam air panas dalam Malaysia adalah sedikit berbanding sumber air lain dan tidak diperbaharui disebabkan oleh kurangnya kajian yang dijalankan di kawasan tersebut. Justeru, melalui kajian ini, ia menfokuskan untuk penentuan kepekatan aktiviti radionuklid tabii iaitu Ra-226, Th-232 dan K-40 dalam lima buah negeri di Malaysia. Selain itu, kajian dijalankan untuk mengukur bacaan tiga parameter fizikal air iaitu pH, keterlarutan oksigen dan juga kekonduksian. Seterusnys, objektif ketiga kajian menekankan tentang penganggaran risiko radiologi yang diterima oleh orang awam yang menjadi para pengguna sumber air dari mata air panas.
Abstract
Studies on the content of natural radionuclide activity concentrations and radiological impact in hot water pools in Malaysia are few compared to other water sources and are not renewed due to the lack of studies conducted in the area. Thus, through this study, it focuses on determining the concentration of natural radionuclide activity namely Ra-226, Th-232 and K-40 in five states in Malaysia. In addition, the study was conducted to measure the readings of three physical parameters of water, namely pH, oxygen solubility and conductivity. Next, the third objective of the study emphasizes the estimation of the radiological risk accepted by the public who are users of water sources from hot springs.